Friday, 18 March 2011

Pesan Sahabat

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. 
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah al-'Asr]


Seminggu yang lalu, saya berkesempatan mendengar kisah seorang saudara yang telah menemui jalan pulang setelah bertahun-tahun bergelumang dalam DUNIA GELAPnya. Beliau kini aktif dalam membantu golongan yang tersesat jalan yang senasib dengannya suatu ketika dahulu. Saat ditanya bagaimana beliau memperoleh kekuatan mengubah haluan hidupnya, beliau menjawab TIDAK TAHU. Tetapi, tambah beliau, "Aku percaya perubahan aku hari ini berkat orang-orang yang mendoakan aku sewaktu mereka melihat aku terbujur di kaki lima kotaraya, merempat di bawah jambatan, tidur beralaskan kotak dan surat khabar. Walaupun hakikatnya ramai yang mencaci dan mengeji, aku percaya ada diantara mereka yang mendoakan agar aku menemui jalan pulang"...

Kata-kata beliau mengingatkan saya kepada seorang sahabat sewaktu di alam persekolahan dulu. Katanya, "Kalau kita melihat keburukan atau kejahatan seseorang, janganlah kita mengeji dan mencaci. sebaliknya, kita doakanlah yang terbaik untuknya, semoga dia berubah ke arah yang lebih baik. Kita mungkin tidak mampu untuk membantu, tidak berupaya untuk menegur, tapi kita mampu untuk berdoa. Dan andaikata kita melihat kebaikan dan kelebihan seseorang, janganlah kita memujinya dengan melampau, sebaliknya doakanlah agar kebaikannya berterusan dan semoga dijauhkan dari riak dan sombong". 

#Terima kasih sahabat kerana pernah menitipkan pesanan ini buat diriku walaupun sehingga kini telah lebih sedekad kita tidak bertemu...



Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu...


Saya pernah merasa kecewa saat apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu seorang sahabat paling rapat telah menceritakan satu kisah yang menyentuh hati saya sehingga hari ini. Saya namakan kisah tersebut KISAH TEMBIKAI. Kisahnya mengenai seorang anak yang diminta oleh ibunya untuk membeli tembikai. Sesampai di rumah, mereka pun memotong tembikai tersebut dan makan. Telah ditakdirkan tembikai tersebut tidak manis seperti kebiasaannya. Lalu si anak merungut kerana rasa yang tidak manis itu sambil mengutuk orang yang menjual tembikai tersebut. Maka berkata si ibu, "Siapa yang menciptakan tembikai?". "Allah", jawab si anak. "Bagus anak ibu. Tapi, sedarkah dikau wahai anakku, rungutanmu terhadap rasa tembikai ini menunjukkan kamu tidak bersyukur akan ciptaanNya".  Sama-sama kita renungkan setiap rungutan kita selama ini sahabatku...

#Andai kamu membaca tulisan ini, pasti kamu tersenyumkan? Atau, mungkinkah kamu sudah lupa wahai Cahaya Titisan Embun?

"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan ketentuannya" [Al-Baqarah: 286]

Seorang sahabat pernah mengingatkan saya dengan kalam Allah ini saat saya dilanda kesedihan dan kekecewaan suatu ketika dulu. Pada waktu itu, dia meyakinkan saya bahawa apa yang berlaku itu adalah yang terbaik yang telah ditentukan olehNya. Setiap dari kita diuji dengan ujian yang berbeza. Kesakitan, kemiskinan, kemewahan, kecerdikan, kesihatan; semuanya adalah ujian. Dan setiap yang diuji pasti dapat menghadapinya andai kita berada di landasan yang benar.

# Sahabat saya ini telah kembali ke Rahmatullah hampir setahun yang lalu. Seorang yang sangat dekat di hati orang2 yang pernah mengenalinya. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Allahummaghfirlaha warhamha. Al-Fatihah...

Semoga coretan saya kali ini dapat mengagihkan share pahala buat orang2 yang pernah menyampaikan kebaikan kepada saya =)

.....Friendship never dies.....

3 comments:

  1. http://fadhilah-h.tumblr.com/
    ni blog no 2 saya

    yg lama tu ada lg. cuma belum aktif balik lg. http://sifoo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Eh ada blog? bagus ni cik faez.

    ReplyDelete
  3. saje2 menggatal merapu kat blog ni.hihi
    kawan2 semua jauh. kawan2 dekat jarang bersua muka.huhu

    ReplyDelete