Monday 14 March 2011

Cubaan Pertama

Aku Masih di Disini


Aku masih di sini,
memijak bumi,
menjunjung langit, 
menadah hujan,
merenung awan...


Aku masih di sini,
terdiri tegak,
terduduk kaku,
terdiam membisu,
terbujur lurus...


Aku masih di sini,
risau memikir,
resah merencana,
gusar mengharap,
gundah memasang angan...


Aku masih di sini,
kerana itu kehendak Dia,
kerana tugasku belum selesai,
kerana hutangku belum langsai,
kerana bekalanku belum sempurna...


Aku masih di sini,
merenung ke depan,
menoleh ke belakang,
menghitung amal,
mengira dosa,
menunggu saat dipanggil pulang...


<faez8284 @ 22:42, 140311>

No comments:

Post a Comment